21 Januari 2015


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendoakan supaya bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

"Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh Allah SWT," katanya menerusi laman twitter beliau, sebentar tadi.

Pagi tadi, tahap kesihatan Mursyidul Am PAS itu dilaporkan telah menunjukkan perkembangan positif apabila sedar sepenuhnya.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata ayahnya berbual dengan doktor mengenai perkembangan kesihatannya sepanjang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro.

Beliau berkata, ayahnya juga sempat menunaikan solat subuh dan bersarapan sebelum berehat semula.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!