1 Januari 2015


Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, KOAM, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majid cedera ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Rahman Putra Sungai Buloh malam tadi.

Kejadian berlaku jam 10 malam ketika dia baru sahaja pulang dari surau berdekatan.

Dia yang baru meletakkan kenderaan di depan rumahnya tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal.

Suspek kemudiannya terus melepaskan empat das tembakan menyebabkan dia cedera di kaki akibat terkena 2 das tembakan.

Orang awam dan keluarga mangsa yang menyedari kejadian segera membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan forensik oleh polis menemui empat kelongsong peluru sembilan milimeter. Dua kesan tembakan turut ditemui dalam kenderaan mangsa.

Ketua Polis Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, hasil soal siasat, mangsa dikatakan pernah menerima ugutan kira-kira sebulan yang lalu. Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 307 Kanun keseksaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!