19 Januari 2015


PULAU PINANG 19 Jan. – Kira-kira 40 penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi tadi bertindak merampas peralatan perniagaan restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini.

Dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi tadi itu, penguat kuasa berkenaan bertindak merampas peralatan seperti meja, kerusi dan tempat membancuh minuman.

Ketika operasi itu, kira-kira lima pelanggan sedang menikmati makanan di restoran nasi kandar popular tersebut.

Sementara itu, pengusaha restoran berkenaan, Hashim Abdul Hamid berkata, dia terkejut dengan tindakan MPPP berkenaan memandangkan tidak diberi notis awal supaya mengosongkan restoran tersebut.

Sehubungan itu, dia turut membuat laporan polis berhubung tindakan MPPP tersebut di Balai Polis Daerah Timur Laut di sini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!