30 Januari 2015


Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan warga emas - yang kebiasaannya berasa lebih selamat - dibayangi ketakutan sentiasa.

Dalam kalangan wanita berusia 70-an, mereka sentiasa bimbang dan tertanya-tanya siapakah bakal menjadi mangsa perogol itu seterusnya.

Kebimbangan itu tercetus selepas polis - tanpa sebab yang jelas - memaklumkan suspek masih diburu walaupun media kelmarin melaporkan dia sudah ditangkap.

Peniaga buah-buahan di pasar Thana di Nakhon Chaisi, Sunant Thongtabtim berkata perogol terbabit mengganas dua kali di daerah itu baru-baru ini.

“Kejadian pertama berlaku Disember tahun lalu sebelum dia muncul lagi baru-baru ini,” katanya.

Polis sebelum ini mendedahkan seorang lelaki diburu kerana merogol sekurang-kurangnya 12 wanita - kebanyakannya berusia 70-an - dan membunuh dua daripada mereka.

Kata polis, perogol itu mula mengganas sejak 2011.

Sebagai langkah pencegahan, polis mengedarkan lakaran wajah suspek di seluruh wilayah Nakhon Pathom.

Seorang sami, Manop Sapsaendee berkata, pihaknya didatangi ramai wanita warga emas yang mengadu ketakutan menjadi mangsa terbaru perogol terbabit.

“Kami meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berisiko, terutama rumah di tepi terusan dan wanita warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya.

Penduduk Lan Tak Fa, Mon Sangbonnrue yang tinggal berhampiran rumah mangsa yang diserang Ahad lalu berkata, dia amat bimbang dengan keselamatan ibunya.

“Saya terpaksa membawa ibu ke tempat kerja walaupun dia sudah berusia 82 tahun,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!