27 Januari 2015



INDORE - Seorang ibu di sini telah membunuh 2 anaknya sebelum menamatkan nyawanya pada Jumaat, 23 Januari 2015.

Wanita yang dikenali sebagai Nirmala dijumpai telah mengantungkan diri bersama dua anaknya di sebuah telaga yang adalah sebahagian daripada harta keluarganya. Orang ramai yang telah berkumpul di lokasi kejadian tidak dapat menahan air mata apabila melihat mangsa - mangsa di dalam keadaan sebegitu.

Pihak polis tidak dapat mengeluarkan mayat-mayat mangsa pada hari Jumaat kerana ia telah gelap. Sebaik sahaja telah pagi, usaha - usaha pemulihan telah dilakukan dengan serta-merta. Menurut pihak polis, kes ini kelihatan seperti kes bunuh diri di mana ibu telah membunuh anak-anaknya sebelum mengantungkan diri.

Kes ini kini sedang disiasat dan pihak polis sedang mencari punca Nirmala telah mengambil tindakan yang sebegini. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!