30 Januari 2015


Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012.

Mohammad Nizar yang didakwa di hadapan Hakim Noor Hayati Mat bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Mac depan.

Mohammad Nizar sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Januari lalu terhadap pertuduhan sama, selepas mahkamah menerima bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan terhadap saman yang dikenakan ke atasnya.

Mohammad Nizar melalui peguam Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin mengemukakan bantahan awal dengan alasan aduan yang dibuat terhadapnya tidak mengikut aturan yang ditetapkan dan mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan meneruskan kes itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!