2 Januari 2015

Majlis pecah tanah oleh Tunku Tun Aminah

Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) meneruskan usaha menaikkan imej bola sepak negeri itu apabila bakal membina padang bola sepak tertutup pertama di Asia Tenggara dan dijangka siap November ini.

Padang tertutup merangkumi keluasan 8,000 meter persegi dengan ketinggian 30 meter menggunakan kepakaran tempatan akan mula dibina bulan ini dengan kos pembinaan berjumlah RM15 juta yang ditaja sepenuhnya Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dengan kerjasama PBNJ.

Ia akan digunakan untuk latihan skuad Liga Super, Johor Darul Ta'zim (Johor DT) selain program pembangunan bola sepak yang menjadi cetusan ilham Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya berkata, pembinaan padang tertutup itu mengikut piawaian ditetapkan badan induk bola sepak dunia, FIFA dan ia salah satu program tanggungjawab sosial IWH yang turut membantu memajukan bola sepak Johor.

"Kesungguhan Tunku Ismail yang begitu mengambil berat infrastruktur dan prasarana bola sepak di negeri ini dipertingkat, menyaksikan terbinanya padang tertutup itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!