1 Januari 2015


LOS ANGELES – Seorang datuk berusia 70 tahun gemar memakai sut getah silikon yang menyerupai bentuk dan wajah wanita selepas dia kecewa kerana gagal mempunyai teman wanita yang cantik.

Lelaki tersebut yang mahu dikenali sebagai Robert berkata, dia mula gemar memakai sut getah lengkap dengan topeng menyerupai wanita kerana ia kelihatan cantik.

“Setiap kali saya memakai sut ini saya akan melihat penampilan saya di hadapan cermin dan tidak menyangka boleh kelihatan cantik walaupun sudah berusia 70 tahun.

“Saya pernah keluar dengan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun. Walaupun mereka masih menawan mereka tidaklah secantik saya ketika memakai sut ini,” katanya.

Menurutnya, dia akan memakai pelbagai jenis pakaian wanita setiap kali memakai sut getah berkenaan dan gembira apabila menerima banyak pujian daripada orang ramai.

Robert merupakan sebahagian daripada komuniti kecil lelaki yang gemar memakai sut getah menyerupai wanita di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai maskers.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!