27 Januari 2015


Seorang pengganas rakyat Malaysia yang disenaraikan antara paling dikehendaki di dunia termasuk pernah ditawarkan ganjaran RM16 juta oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) untuk maklumat sehingga dia tertangkap, dipercayai terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Selatan Filipina, kelmarin.

Zulkifli Abd Hir atau Zulkifli Hir, 48, lebih dikenali sebagai Marwan berasal dari Muar, Johor disenaraikan dikehendaki Polis Antarabangsa (INTERPOL) itu dipercayai terbunuh bersama beberapa anggota pengganas lain dalam pertempuran dengan tentera Filipina dekat Cotabato.

Kejadian itu disiarkan akhbar The Philippines Daily Inquirer, semalam, yang dipetik sebagai berkata, komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Von Al Haq mengatakan sekurang-kurangnya 49 komando Filipina terkorban dalam pertempuran jam 3 pagi itu.

Zulkifli yang juga pakar bom adalah ketua Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia (KMMM) dan aktif dalam kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) yang berpangkalan di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, polis sehingga kini belum menerima laporan penuh daripada pihak berkuasa Filipina mengenai kejadian itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!