24 Januari 2015


KUALA LUMPUR - Sosialit terkenal Amerika Syarikat Paris Hilton kini berada di Malaysia untuk mengadakan persembahan di Empire City, Damansara Perdana, malam ini.

Pewaris empayar Hotel Hilton itu turut berkongsi keterujaannya berada di Malaysia di laman Instagram miliknya.

“Tiba di Malaysia. Di Empire City untuk uji suara bagi persembahan saya di sini, malam esok. Venuenya sangat cantik. Teruja untuk membuat persembahan di #PartyOfTheCentury!,” tulisnya.


‘The Party of the Century’ malam ini merupakan persembahan tertutup sempena pratonton eksklusif Empire City, sebuah projek pembangunan terbaharu di atas tanah 12 hektar di Damansara Perdana.

Selain daripada Paris, turut terlibat adalah selebriti terkemuka seperti Taboo dari Black Eyes Peas, penyanyi tenor Mark Vincent dan kumpulan K-Pop popular 2AM.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!