1 Januari 2015


INDONESIA - Sebuah portal berita Indonesia melaporkan, pakar penerbangan, Alvin Lie, berpendapat bahawa pesawat AirAsia QZ8501 berkemungkinan terus pecah ketika ia terhempas di permukaan air berdasarkan kepada penemuan serpihan kapal terbang itu.

Pendapat itu diluahkan Alvin selepas penemuan serpihan pesawat yang tersebar di kawasan yang agak kecil.

Alvin juga memberitahu, adalah agak mustahil untuk pesawat itu meletup ketika ia masih terbang di udara. Kata Alvin, jika itu terjadi, serpihan pasti akan tersebar ke tempat yang lebih jauh.

Walau bagaimanapun, ia hanyalah konklusi awal yang diberikan beliau yang masih meneruskan analisisnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!