8 Januari 2015


Kuching: Polis menahan pegawai khas kepada seorang wakil rakyat di wilayah tengah Sarawak semalam bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.

Difahamkan, suspek yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan dalam serbuan di pusat khidmat wakil rakyat terbabit, hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan kemudian menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi pil khayal disembunyikan di premis berkenaan.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Mukah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti dari mana bekalan dadah terlarang itu diperoleh dan rangkaian pengedarannya," katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan sebagai pusat pengedarannya, dengan sebagai besar 'pelanggan' dalam kalangan penagih setempat.

Sementara itu, wakil rakyat terbabit gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai penahanan pegawai khasnya itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!