26 Januari 2015


Seorang penuntut Kejuruteraan Marin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS).

Tertuduh, Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, yang berasal dari Besut, Terengganu dituduh cuba memberi sokongan kepada IS dan berhasrat menjadi ahli kumpulan itu.

Lelaki itu ditahan pada 28 Disember itu kira-kira jam 10.15 malam di hadapan pintu C15 Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan Turkish Airlines ke Istanbul.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dan kes akan disebut semula pada 30 Mac ini untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharam dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu dengan pengetahuan mengambil penerbangan pesawat Turkish Airline dari KLIA ke Istanbul Turki untuk cuba memberi sokongan kepada IS dan dalam cubaan itu dia hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kumpulan IS.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak lebih dari 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang sudah digunakan atau diniatkan bagi melakukan kesalahan itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!