15 Januari 2015


PHNOM PENH - Dua pelancong Eropah, Catarina, 22, dari Finland dan Giancarlo Allocca, 30, dari negara Itali telah berkelakuan tidak senonoh semasa percutian mereka di negara Kemboja baru-baru ini.

Mereka dilihat tidak memakai pakaian sambil menunggang sebuah motosikal di sekitar bandar Leuk Daek di wilayah Kandal, Kemboja pada Khamis, 8 Januari 2015. Pihak polis tempatan telah menahan mereka dengan serta-merta bersama seorang lagi pelancong, Crawford Brown, 24, dari Scotland. 

Ketua polis wilayah Kandal, Eav Chamroeun berkata '' ini adalah kali pertama rakyat tempatan telah melihat perbuatan seperti ini dan ini telah mencetuskan keadaan yang tidak selesa dan panik antara mereka. Tindakan mereka ini dengan serius telah melanggar integriti, adat, budaya serta undang-undang negara Kemboja'', tambah beliau.

Pendedahan seperti ini di kalangan orang ramai di negara Kemboja boleh menyebabkan hukuman penjara maksima selama tiga bulan dan juga denda tetapi undang-undang ini tidak boleh didakwa ke atas para pelancong ke negara tersebut. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!