27 Januari 2015


AMERIKA SYARIKAT – Beberapa hospital di Amerika Syarikat kini menawarkan ‘pemeriksaan kematian’ yakni sebuah ujian yang menganggarkan peluang mati dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan berkenaan menguji 29 kriteria berbeza termasuklah tekanan darah, kadar pernafasan dan sejarah perubatan pesakit.

Dicipta di Australia, ujian tersebut bakal menentukan sama ada seorang pesakit itu afdal dimasukan ke hospital atau lebih baik pulang ke rumah dan mendapatkan rawatan di tempat yang lain.

Menurut akhbar Sydney Morning Herald, tujuan utama pemeriksaan itu diadakan adalah untuk mengelakkan prosedur perubatan yang sia-sia dan mahal sementara membolehkan pesakit untuk menghabiskan hari-hari terakhir bersama keluarga. 

"Kebanyakan orang yang sakit tenat mahu menghembuskan nafas terakhir di rumah. Namun 3/4 dari mereka meninggal dunia di hospital, selepas melalui kaedah rawatan dan prosedur yang mahal dan sia-sia," jelas Dr. Magnolia Cardona-Morrell.

Memetik laporan Independent, ujian terbabit hanya mengambil masa lima hingga 10 minit. Para doktor juga boleh berbicara secara telus dengan pesakit mengenai keputusan ujian tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!