24 Januari 2015


RIYADH – Barisan pemimpin dunia mengucapkan takziah ekoran kemangkatan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz yang menghembuskan nafas terakhir awal semalam.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam kenyataannya menyifatkan almarhum sebagai pemimpin yang tegas dan berani.

“Beliau percaya hubungan antara Arab Saudi dan AS adalah penting dalam mengekalkan kestabilan dan keselamatan di Asia Barat,” kata Obama.


Selain Obama, Setiausaha Negara AS, John Kerry menyifatkan kemangkatan pemerintah Arab Saudi itu sebagai hari yang sedih untuk AS.

“AS kehilangan seorang rakan, manakala Arab Saudi, Asia Barat dan dunia pula kehilangan seorang pemimpin yang dihormati. Baginda ialah seorang pemimpin yang bukan sahaja bijaksana tetapi berwawasan,” ujar Kerry.

“Raja Abdullah berbangga dengan perjalanan yang dilalui oleh Arab Saudi. Baginda merupakan rakan yang berani dalam menentang fahaman ekstremisme dan terbukti penyokong utama perdamaian,” tambahnya.

Menurut Kerry, almarhum juga amat berbangga dengan tugas sebagai penjaga dua tanah suci dan sebagai pemimpin kepada rakyatnya.

Ucapan takziah turut dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. Beliau me–nujukan ucapan berkenaan kepada kepada keluarga Raja Abdullah dan rakyat Arab Saudi.

“Raja Abdullah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negaranya. Di bawah kepimpinan baginda selama berdekad-dekad merangkumi pelbagai jawatan dalam kerajaan, negara Arab Saudi telah mencapai kemajuan luar biasa dan kemakmuran untuk rak–yatnya,” jelas Ki-moon.

Setiausaha Agung PBB itu memuji usaha Raja Abdullah menangani cabaran serantau dan antarabangsa semasa era pergolakan dan perubahan pantas masa kini selain usaha baginda untuk menggalakkan dialog antara agama-agama di dunia.

“Kepimpinan Raja Abdullah akan diingati di seluruh tanah Arab dan dunia Islam serta oleh masyarakat antarabangsa,” ujarnya. – AP
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!