2 Januari 2015


SURABAYA - Sejak kecil, cita-cita Khairunisa Haidar Fauzie, 22, adalah untuk menjadi pramugari.
Biarpun sedar risiko bekerja di awan biru, namun hasrat Khairunisa direstui ibu bapanya. Doa sentiasa dipanjatkan, mengiringi si anak setiap kali keluar bertugas. Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang.

Sejak berita insiden AirAsia QZ8501, Haidar Fauzie dan isteri tidak jemu-jemu berdoa agar ada keajaiban berlaku.

Tetapi semalam, penemuan satu mayat berpakaian pramugari dengan tag nama Khairunisa, melenyapkan harapannya. Kini, apa yang penting adalah memastikan jenazah anaknya selamat disemadikan dengan sempurna.

Khairunisa yang sudah dua tahun bertugas bersama AirAsia, sepatutnya pulang untuk bercuti bersama keluarga di Palembang.

Perit menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya itu sudah tiada, namun Haidar akur menerima ketentuan takdir. Khairunisa 'pergi' ketika menjalankan tugas; tugas yang amat dicintainya. 

"Dia milik Tuhan. Satu hari nanti, kami akan bertemu semula," luah Haidar.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!