30 Januari 2015


Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme (gambar) mengibaratkan pertembungan Pahang dengan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) esok pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos seperti aksi El Clasico membabitkan Real Madrid dan Barcelona.

Justeru Dickson, 28, pemain diberi jolokan Orang Besi tidak rela Piala Sultan Ahmad Shah yang dimenangi tahun lalu itu terlepas ke tangan musuh ketat Johor DT yang bakal beraksi di depan ribuan penyokong sendiri.

"Perlawanan Pahang dengan Johor DT pasti menarik. Hampir sama seperti Barcelona menentang Real. Kami mahu menang semua perlawanan, tidak kira sama ada piala atau tidak," katanya kepada Arena Metro semalam.

Dickson yang meleburkan impian Harimau Selatan dengan meledak dua gol untuk Pahang seri 2-2 pada aksi sebenar sebelum menang 5-3 menerusi sepakan penalti pada final Piala Malaysia musim lalu tidak mahu terus dibuai keindahan malam gemilang itu.

Dia kini fokus untuk membantu skuad Tok Gajah mempertahankan semua gelaran termasuk Piala FA yang dimenangi tahun lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!