29 Januari 2015


BAGHDAD - Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa telah membatalkan penerbangan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad selepas pesawat FlyDubai FZ215 telah ditembak ketika sedang mendarat pada petang Isnin, 27 Januari 2015. 

Syarikat penerbangan Emirates Airline, Air Arabia dan Etihad Airways telah membatalkan penerbangan mereka setelah mendapat arahan Jabatan Penerbangan Awam UAE.

Dua penumpang di dalam pesawat yang terlibatkan telah tercedera apabila beberapa das tembakan terkena pada badan pesawat itu. 

Ia difahamkan bahawa tembakan tersebut datang daripada penembak hendap di kawasan bersebelahan lapangan terbang yang dikawal oleh pasukan keselamatan negara Iraq. Penembak hendap ini telah cuba untuk menembak beberapa kapal terbang yang sedang mendarat.

Namun, Menteri Pengangkutan Iraq, Bayan Jabar dalam satu sidang akhbar berkata yang tembakan ini dilakukan secara tidak sengaja.

Sejak tahun lepas, beberapa syarikat penerbangan telah menukarkan laluan  penerbangan mereka di  ruang udara Iraq sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kumpulan pengganas yang  mempunyai senjata berkebolehan untuk menembak jatuh kapal terbang. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!