31 Januari 2015

Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) diasak pemain Pahang, Mohd Razman Roslan (kiri) Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Pahang pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. (Foto - BERITA HARIAN)

JOHOR BAHRU: Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang yang ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan berakhir dengan kemenangan JDT.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ini menjadi tumpuan memandangkan ianya menampilkan Johor yang merupakan juara Liga Super sementara Pahang adalah juara Piala Malaysia 2014.


Kemenangan bagaimanapun digenggam JDT dengan keputusan 2-0.

Gol dijaringkan oleh Marcos Antonio pada minit ke-37 diikuti Luciano Figueroa (m-58).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!