22 Januari 2015


Pengarah filem terkenal Bade Hj Ismail akui hidup berpoligami hakikatnya sukar namun dia masih belajar untuk mengatasinya agar adil di kedua-dua belah keluarga.

Selaku ketua keluarga dia harus rasional dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang berlaku dan membuat keputusan yang boleh memuaskan hati ke semua ahli keluarganya.

“Ia bukan mudah untuk menyatukan dua keluarga, tetapi tidak bermakna saya akan patah semangat dan mengabaikan tanggungjawab saya terhadap isteri-isteri saya dan anak-anak,” katanya kepada portal Murai.com.my

Bade yang ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Tayangan Amal Filem Isyarat Cinta di ibu negara turut menjelaskan dia kurang memuat naik gambar anaknya (Jihad) di laman sosial atas sebab-sebab tertentu.

Dia juga sudah terlalu berusia untuk bergembira sepenuhnya apabila dikurniakan cahaya mata namun Bade tetap bersyukur dengan pemberian Allah yang menentukan segala qadak dan qadar.  

“Sekarang usia anak saya sudah 1 bulan, saya memang tak kerap memuat naik gambar Jihad di laman sosial kerana hormat dan menjaga hati anak-anak saya yang lain.

“Saya tak mahu mereka timbul perasaaan iri hati dan cemburu kenapa saya lebihkan yang si kecil daripada mereka, buat masa sekarang hubungan kedua-dua isteri saya sangat baik, dapat memahaminya antara satu sama lain,” ujar Bade mengakhiri bicara.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!