19 Januari 2015


KUALA LUMPUR -  Penyebaran mesej berkaitan kewujudan gula-gula dadah baru ‘Strawberry Meth’ atau ‘Strawberry Pop Rock’ melalui laman sosial WhatsApp disahkan sebagai maklumat palsu. 

Mesej berkaitan pengedaran dadah jenis syabu di sekolah-sekolah terutama sekolah rendah sejak empat hari lalu dilaporkan sebagai berita palsu. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, berita yang tidak benar itu pernah tersebar melalui media di United Kingdom pada 2008 dan kini, ia sengaja disebarkan di Malaysia bagi tujuan menimbulkan kebimbangan orang ramai.

"Saya menyedari penyebaran maklumat ‘kitar semula’ ini tidak tepat. Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan dari individu atau pihak sekolah berhubung gula-gula dadah ini,” katanya. 

Difahamkan, gambar yang digunakan dalam maklumat palsu itu merupakan gambar yang sama dengan sebelum ini. 

Pihak polis percaya bahawa perkara ini merupakan satu cubaan untuk menimbulkan kebimbangan orang awam terutamanya ibu bapa.  
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!