21 Januari 2015


PUTIH-PUTIH melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati pasti kuterima...(nyanyi macam lagu Putih-Putih Melati dendangan kumpulan ST12).

Siapa bilang orang hitam tak cantik, kalau ada putih pasti ada hitam, sesungguhnya walaupun tak seputih melati, tak semestinya hitam itu tak cantik. Bukankah hitam itu menawan. Amboi! Bukan main berfalsafah pula Mizz Lahar, ala-ala ST12 pula kan.

Mizz Lahar bukan apa, masih terbawa-bawa dek iklan Qu Puteh, barulah putih. Kelakar juga sebab ramai yang beremosi dengan iklan, nama pun iklan. Rilek sikit, tak suka tutup televisyen macam Cef Wan. Melalut sampai kisah iklan kenapa pula? Lupa, sebenarnya Mizz nak cakap pasal pelakon putih melepak Emma Maembong dan adik-beradiknya yang 11 orang putih belaka, maklumlah maknya orang putih. Patutlah putih!

Semua orang tahu bahawa adik beradik Emma Maembong rata-ratanya terlibat dalam bidang seni. Emma, Cacha (adik), Shikin dan Yaya (kakak) terkenal sebagai pelakon. Abang mereka Bakri pula pemain muzik dan ramai lagi yang Mizz tak kenal. Pendek kata, walaupun tak semuanya popular macam Emma yang ada sejuta lebih pengikut di Instagram, keluarga pelukis negara Ismail Embung itu kira terkenal di Malaysia ini.

Alkisahnya, terkenal itu satu hal. Apa yang nak dijadikan ceritanya, Mizz Lahar ada dengar khabar angin, katanya ada sebuah saluran televisyen sudah merangka-rangka hendak membikin sebuah program yang ala-ala Keeping Up With Kardashians mengenai Emma Maembong dan adik-beradiknya. Cuba teka apa tajuk untuk cerita keluarga anak beranak Maembong itu.

Mizz Lahar dengar, tajuknya berbunyi ‘The Maembongs’. Hebatlah. Mesti banyak ragam dan drama dalam ‘The Maembongs’ nanti (kalau jadilah). Bukan sahaja Emma, Chacha, Shikin, Yaya yang selama ini pun sudah banyak drama, tambah pula dengan ayah mereka Ismail Embung yang semakin popular dengan status-status Facebook yang menaikkan bulu roma, mesti rancangan itu meletup-letup macam bertih jagung. Emma dan kekasihnya pun sudah berbaik semula, bolehlah masuk drama lagi nanti.

Tak sabar Mizz Lahar nak tengok. Drama sebelum ada program televisyen sendiri pun dah menarik, apatah lagi apabila memang khas kena bikin drama untuk televisyen!

Tapi, kalau fikir-fikir balik, betul ke ‘The Maembongs’ akan direalisasikan? Selama ini, bukan ke ayah Emma sangat sensitif bab-bab publisiti lebih-lebih atau mungkin program itu ada haluan yang betul, tak propa macam sesetengah program realiti tapi isinya lakonan.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!