14 Januari 2015


CHERAS - Seorang nenek berusia 75 tahun maut selepas dipukul dengan tukul besi oleh anak lelakinya yang sakit mental di Taman Cheras Awana. 

Kejadian ini dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Difahamkan, suspek yang berusia 36 tahun serang ibunya selepas si ibu mendesaknya memakan ubat psikotropik yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk merawat penyakitnya.

Media lapor, selepas kejadian itu, suspek menghubungi kakaknya yang berada di rumah berhampiran namun tidak dijawab. 

Dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut. 

Suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terbabit dalam kemalangan 10 tahun lalu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!