6 Januari 2015


Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Putera Ali bin Al Hussein dari Jordan, hari ini berkata beliau akan mencabar Sepp Blatter untuk jawatan presiden badan induk itu, Mei ini.

"Saya akan mencabar jawatan presiden FIFA. Saya percaya sudah tiba masanya untuk mengalih fokus daripada kontroversi pentadbiran dan kembali kepada sukan," katanya dalam Twitter rasminya.' 

Putera berusia 39 tahun itu difahamkan mendapat sokongan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan presidennya, Michel Platini.

Pemilihan pucuk pimpinan baharu akan diadakan di Zurich pada 29 Mei ini dengan Blatter mahu mendapat mandat buat kali kelima pada usia 79 tahun.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!