23 Januari 2015


PANGKALAN BUN - Lima mayat yang masih berada di tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan ditemui berdekatan bangkai utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu.

Media melaporkan, setakat ini, 58 daripada 162 mayat mangsa nahas berkenaan sudah ditemui.


Difahamkan, penyelam menemui lima mangsa terbenam dalam lumpur berdekatan dengan bahagian fiuslaj pesawat dan mereka dilaporkan masih memakai tali pinggang keselamatan di kerusi masing-masing.

Menurut Pengarah Operasi BASARNAS, S B Supriyadi, mereka dipercayai  tercampak keluar dari bangkai pesawat antara 50 hingga 100 meter.

Pasukan penyelam masih berusaha mendekati bahagian utama pesawat itu dan dipercayai lebih banyak mayat penumpang dan krew kabin di situ.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!