25 Januari 2015


JAKARTA: Pasukan penyelamat berjaya menaikkan bangkai pesawat AirAsia, QZ8501 hampir ke permukaan air sebelum ia tenggelam semula ke dasar Laut Jawa.

Situasi yang sukar itu berlaku berkutan pelampung untuk menaikkan bahagian utama pesawat malang itu menguncup.

Ketua Operasi  Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Suryadi Bambang Supriyadi berkata, empat lagi mayat ditemui pada Sabtu di sekitar kawasan bangkai itu.


"Pasukan penyelam berhadapan masalah kerana arus kuat dan jarak penglihatan yang kurang untuk melakukan persediaan untuk operasi mengangkat bangkai pesawat itu lagi," katanya.

Keseluruhannya, 69 mayat ditemui daripada 162 penumpang dan kru pesawat yang terhempas pada 28 Disember lalu itu.

Pihak berkuasa percaya lebih banyak mayat masih ada dalam bahagian utama kapal terbang itu, lapor The Jakarta Post. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!