19 Januari 2015


Pertandingan Ratu Miss Universe bakal diadakan di Miami, Amerika Syarikat pada 25 Januari 2015. Para peserta sudah pun tiba dan dalam proses menyediakan diri untuk bertanding dalam pertandingan yang terkenal itu. 

Sebuah selfie yang diambil oleh Ratu  Lebanon, Saly Greige nampaknya telah membawa masalah kepadanya!

Ini kerana, selfie yang diambil oleh Saly adalah bersama Ratu Israel, Doron Matalon. Rakyat Lebanon dilarang sama sekali untuk beramah mesra dan mengadakan pertuturan kata dengan rakyat Israel.

Di laman Facebooknya, Saly telah meminta maaf atas kesalahan itu dengan berkata '' sejak saya tiba untuk menyertai pertandingan ini, saya amat berhati-hati dan sentiasa mengelak dilihat berkomunikasi dengan Ratu Israel. Dia dengan tidak sengaja telah muncul ketika saya mengambil selfie tersebut dengan Ratu Jepun dan Ratu Slovenia.''

Kebanyakan daripada pengikut-pengikutnya di Facebook telah memberi komen-komen yang positif selepas Saly telah meminta maaf.

Walau bagaimanapun, kerajaan Lebanon mungkin tidak akan melakukan yang sama dan boleh melucutkan Saly daripada gelaran ratu cantik. 

Pada tahun 1993, kerajaan itu telah melucutkan gelaran ratu cantik Ghada al-Turk selepas melihat sekeping gambar bersama Ratu Israel yang diambil oleh pihak media. 

Israel telah menduduki negara Lebanon selama 22 tahun sehingga tahun 2000. Dua negara ini masih dilihat berperang di mana askar-askar mereka masih berjuang sepanjang sempadan kedua-dua negara itu. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!