8 Januari 2015


ENGLAND - Seorang doktor berusia 79 tahun didakwa di mahkamah kerana bukan sahaja telah melakukan pengguguran yang menyalahi undang-undang tetapi juga merogol pesakit berkenaan.

Michael Salmon, 79, sebelum ini bertugas di Stoke Mandell Hospital, melakukan perbuatan itu terhadap lapan orang mangsa, berusia dalam lingkungan 11 hingga 18 tahun, bermula dari tahun 1973 hingga 1988.

Dalam satu insiden, Michael menjalankan pengguguran terhadap seorang gadis berusia 16 tahun menggunakan tiub. Michael kemudiannya merogol mangsa dalam keadaannya masih kesakitan.

Michael juga didakwa melakukan pencabulan ke atas pesakitnya seperti memeriksa payudara walaupun tanpa keperluan, dengan tidak memakai sarung tangan dan tanpa kehadiran jururawat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!