15 Januari 2015


Pengurus pertama Cristiano Ronaldo ketika di Sporting Lisbon, Laszlo Boloni meminta supaya bintang Real Madrid itu supaya berhenti terlalu menunjuk-nunjuk meskipun tidak pernah berdepan masalah ketika mengendalikan pemenang tiga gelaran Ballon d'Or itu.

Baloni yang lahir di Romania menjadi jurulatih kapten Portugal itu di Sporting pada tahun 2001 hingga 2003.

"Pada awalnya saya perlu menentang beberapa perkara yang diperbesar-besarkan dan membetulkan beberapa perkara," kata Boloni kepada majalah bola sepak Perancis selepas Ronaldo memenangi Ballon d'Or mengatasi jaguh Argentina dan Barcelona, Lionel Messi dan penjaga gol Jerman serta Bayern Munich, Manuel Neuer.

"Dia tidak dapat berhenti daripada menunjuk-nunjuk kemampuan teknikalnya dan menggelecek dengan terlalu banyak.

"Namun menghalangnya daripada menggelecek pasti sesuatu yang gila. Perkara paling penting dalam kerja saya ialah mencari dan mengekalkan keseimbangan," katanya.

Bersama Sporting, Ronaldo bermain perlawanan rasmi pertamanya ketika menentang gergasi Itali, Inter Milan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah pada 2002.

"Adakah dia bersedia? Ya, dia tidak berdepan kekurangan keberanian atau keinginan," kata Boloni yang mempercayai bekas anak didiknya itu adalah profesional yang sejati.

"Dia tidak pernah lewat, tidak pernah ada sebarang masalah yang penting," katanya.

Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan dengan pantas menjadi pujaan di Old Trafford.

"Saya fikir di usia 18 tahun dia memerlukan tempoh peralihan. Namun saya silap... enam bulan selepas itu dia boleh berbahasa Inggeris dan bermain 30 perlawanan dalam musim pertamanya."
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!