27 Januari 2015


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersedia menerima apa sahaja keputusan rayuan akhir kes liwat membabitkan dirinya pada 10 Februari ini.

Beliau juga yakin dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam Rukun Negara.

“Sebagai pengadu, saya reda apa jua keputusan. Berserah kepada Allah. Sebagai rakyat, saya yakin pada Rukun Negara keempat iaitu kedaulatan undang-undang. Yang hak pasti berdiri.”

“Hampir tujuh tahun kes. Akan terus sabar, doa dan istiqamah,” katanya melalui akaun Twitter milik beliau hari ini.

Tarikh keputusan rayuan akhir kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dan Mohd. Saiful Bukhari dihebahkan melalui akaun Twitter rasmi Mahkamah Persekutuan hari ini.

Anwar mengemukakan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Ra­yuan pada 7 Mac lalu yang mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!