8 Januari 2015


Pelakon Kamal Adli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia adalah punca berakhirnya hubungan cinta antara aktres Emma Maembong dan Zizan Razak.

Kamal ketika dihubungi Astro Gempak akui terkejut dengan berita tersebut dan menegaskan bahawa dia dan Emma tidak mempunyai sebarang hubungan.

"Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut.

"Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka.

"Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

"Jadi, tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan," tegasnya.

Tambah Kamal lagi, buat masa ini dia tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dan lebih fokus terhadap kerjayanya.

"Sudah-sudahlah, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan sesiapa dan apa yang penting bagi saya untuk tahun ini ialah fokus terhadap kerjaya saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Kamal juga diminta untuk mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan dia pernah menghantar pelakon cantik itu ke lapangan terbang.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan tersebut, saya juga tak tahu apa yang mereka inginkan daripada saya sehingga timbul cerita rekaan seperti itu.

"Demi Tuhan, saya tidak pernah menghantar dia ke 'airport' seperti mana dakwaan tersebut.

"Jika benar apa yang dikatakan oleh 'pembawa cerita' itu, sila kemukakan bukti kepada saya.

"Jangan membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa sebarang bukti kerana itu akan lebih memburukkan keadaan," katanya mengakhiri perbualan.

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan wujudnya cinta lokasi antara Kamal dan Emma ketika berlakon dalam drama 'Cinta Tanpa Syurga' namun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!