7 Januari 2015


ENGLAND - Kalau dah sayang, apa sahaja sanggup dilakukan.

Seorang usahawan membelanjakan 300 pound atau RM1,637 untuk mengubati penyakit haiwan peliharaannya, iaitu seekor ikan emas.

Pemilik yang tidak diketahui identitinya itu membawa ikan emasnya ke sebuah klinik haiwan kerana masalah mengeluarkan bahan buangan. Tidak disangkanya, pembedahan untuk membuang dua tumor yang membuatkan ikan kesayangannya itu sembelit adalah semahal itu.

Menurut doktor yang merawat ikan itu, jika ketulan tumor itu tidak dikeluarkan, ikan itu akan mati.

Pembedahan mengambil masa selama 50 minit dan ikan itu kini sudah sihat seperti biasa.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!