22 Januari 2015


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perakam yang memuat naik video bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an menyanyi dalam keadaan bergari.

Perkara itu dinyatakan beliau di laman Twitternya sebentar tadi, merujuk penyebaran satu video berdurasi 1 minit 23 saat hari ini, yang memaparkan video vokalis itu menyanyi sambil tangannya bergari.

Dalam video itu, vokalis berkenaan kelihatan seperti diminta untuk menyanyikan lagunya dalam keadaan duduk dengan tangan kanannya bergari.

Ia sudah mula tersebar di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi dengan kebanyakan komen dikongsi pengguna sosial antara lainnya mengutuk tindakan terbabit yang dianggap tiada belas kasihan.

Semalam, bekas vokalis itu ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram dan Mahkamah Majistret Ampang membenarkan tahanan reman empat hari ke atas penyanyi itu dan teman wanitanya, bermula semalam bagi membantu siasatan.

Penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang dan hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!