28 Januari 2015


JEDDAH - Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah menemui ‘makhluk akuatik’ berada dalam perut seorang kanak-kanak, lapor media. 

Selepas pemeriksaan X-Ray, ‘makhluk akuatik’ yang berada dalam perut kanak-kanak itu disahkan sekeping pin berukiran kartun animasi ‘Spongebob Squarepants’.

Menurut Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz, barang yang ditemui itu adalah loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

“Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat," katanya. 

Walaubagaimanpun, selepas dilihat dengan lebih dekat, pin itu dilaporkan berkelihatan seperti wajah Spongebob yang sedang tersenyum.

Media melaporkan, doktor itu kemudian telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan yang sihat. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!