7 Januari 2015


Gua Musang: Ribuan pakaian terpakai sumbangan orang ramai didapati dilonggok dan berselerak di merata tempat di sekitar bandar ini sejak banjir surut kira-kira dua minggu lalu.

Antara tempat yang menjadi longgokan pakaian terpakai itu adalah di pondok dan dewan orang ramai termasuk Dewan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah, di sini.

Selain itu, mangsa banjir dikatakan lebih mengharapkan menerima sumbangan pakaian seragam sekolah anak selain pakaian lelaki dan kanak-kanak.

Seorang mangsa banjir, Munah Ahmad, 57, berkata, kebanyakan kenderaan yang membawa pakaian terpakai melonggokkannya di dewan itu kerana tempat terbabit menjadi tumpuan mangsa banjir.

Katanya, hanya dua hari selepas banjir surut, orang ramai yang tidak mempunyai pakaian mencari pakaian terpakai di dewan berkenaan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Mangsa banjir kini lebih pentingkan pakaian seragam sekolah menjelang sesi persekolahan pada 11 Januari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!