6 Januari 2015


Pelakon, pelawak dan pengacara Meletop Nabil Ahmad teruja membawa watak sebagai detektif polis dalam filem terbarunya Romeo Kota yang akan ditayangkan pada 8 Januari ini.

Menurut Nabil, pengalaman membawa watak yang serius ini memberi satu impak positif terhadap karier lakonannya.

Umum mengenali dirinya yang gemar membawa watak komedi dan tidak serius dalam sesuatu karya namun dalam filem Romeo Kota, Nabil membukti dirinya mempunyai bakat melakonankan watak lain.

“Saya kerap kali ditegur untuk melakonkan watak detektif polis, terutama gaya memegang pistol dan cara menyerang hendap penjahat.”

“Aaron Aziz antara tenaga pengajar yang banyak mengajar saya untuk membawa watak ini, kalau saya ada buat silap, Aaron suruh buat semula agar watak saya itu tidak nampak terlalu komedi atau kaku,” kata Nabil kepad portal Murai.com.my.

Nabil yang ditemui di Majlis Tayangan Perdana Romeo Kota di Cineleisure Mutiara Damansara baru-baru ini turut menjelaskan dia juga melakonkan aksi ‘stunt’ sendiri agar nampak lebih berani.

“Cabaran memang tinggi sehingga memberi tekanan tetapi itu tidak mematahkan semangat untuk menjadi pelakon ‘versatile’ dan disegani ramai,” ujar Nabil.

Antara pelakon lain membintangi filem Romeo Kota Aaron Aziz, Wan Sharmila, Hanis Zalikha, Ahmad Idham dan Nina Juren.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!