28 Januari 2015


Vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, menyerahkan segala keputusan kepada keluarganya untuk menentukan kaedah pemulihan yang sesuai dengannya bagi mengatasi ketagihan dadah yang dihidapinya.

Pengurusnya, Johan Aziz ketika dihubungi berkata, buat masa ini Zamani yang bebas selepas dijamin Sabtu lalu berada dalam keadaan sihat dan menggunakan kesempatan yang ada untuk berehat dan menenangkan diri.

“Kami menunggu kes yang sedang dihadapinya selesai terlebih dahulu. Kemudian baru berfikir untuk memutuskan kaedah rawatan sesuai untuk dijalani Zamani bagi memulihkannya.

“Buat masa ini, saya dan keluarganya belum membincangkan apa-apa walaupun ada pihak tampil menghulurkan bantuan,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mewakili penyanyi itu, Johan memberitahu, Zamani berterima kasih atas keprihatinan Datuk Jamal Abdillah yang mengeluarkan kenyataannya kepada akhbar untuk membantunya dan akan mempertimbangkan tawaran tersebut sebaik kes penyalahgunaan dadah selesai.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!