26 Januari 2015


Jika anda seorang lelaki Muslim, tidak keterlaluan jika dikatakan saat untuk melafazkan ijab kabul adalah saat paling mendebarkan. Mana tidaknya, puluhan, malah mungkin ratusan pasang telinga, sedang mendengar dengan teliti ayat yang akan dilafazkan sekaligus mengesahkan si gadis menjadi milik si jejaka.

Jadi tak hairanlah kalau ada yang sampai tersasul dan terpaksa mengulang lafaz berkenaan beberapa kali.

Kalau kebiasaannya pengantin lelaki akan tersasul nama pengantin perempuan, tetapi dalam video yang viral dikongsi di laman sosial ini, si pengantin lelaki tersasul menyebut nilai mas kahwin.

Akibat gemuruh, pengantin lelaki dari Brunei ini menyebut nilai mas kahwin B$3 (disebut tiga ringgit = RM8) sedangkan jumlah sebenarnya ialah B$300 (RM800). 

Apa lagi, terburailah ketawa para hadirin.

Yang pasti, kenangan lucu ini akan menjadi ingatan indah pasangan pengantin untuk diceritakan kepada anak cucu mereka kelak.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!