7 Januari 2015


Setiap tahun, sebuah majalah di Amerika Syarikat (AS), TC Candler akan mengeluarkan senarai 100 wajah wanita tercantik di dunia.

Ia merupakan satu senarai pengkritik bebas antarabangsa sejak tahun 1990 yang akan menyenaraikan 100 muka wanita tercantik dari seluruh dunia berdasarkan beberapa faktor yang meliputi pelbagai aspek budaya, cara kehidupan, dan juga tahap kemasyhuran seorang selebriti.

Penyanyi Korea Selatan, NaNa telah dinamakan muka yang paling cantik untuk tahun 2014. NaNa yang nama sebenarnya ialah Park Jin Na telah mendapat tempat yang kedua di senarai yang sama untuk tahun 2013. 

Tempat kedua diberi kepada pelakon AS Chloe Moretz dan ketiga pula kepada Lupita Nyong' O. 13 bintang wanita Korea yang lain juga disertakan di dalam senarai ini. 

Dari dunia Bollywood pula, pelakon Aditi Rao Hydari menyertai Deepika Padukone dan Freida Pinto di dalam senarai tersebut. 

Pelakon dan model tempatan, Emma Maembong adalah satu - satunya warga Malaysia yang berada di dalam senarai ini di tempat ke tujuh puluh satu. 

Untuk tahun 2014, TC Candler juga telah mula menyenaraikan wajah - wajah yang paling tampan di dunia. Tempat pertama diberi kepada pelakon dan model dari Britain, Jamie Dornan. Tempat kedua adalah Choi Siwon dari Korea Selatan dan tempat ketiga diberi kepada Tom Hardy yang telah berlakon sebagai Bane dalam filem The Dark Knight Rises.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!