21 Januari 2015


Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Keramat, Ampang malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, polis menemui dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Difahamkan, penyanyi tersebut ditahan bersama-sama teman wanitanya oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hasil maklumat yang diperoleh.

Dalam pada itu, hasil ujian air kencing juga mendapati penyanyi tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, namun beliau enggan mengulas lanjut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!