23 Januari 2015


Satu Malaysia tahu yang vokalis kumpulan Slam Zamani ditahan dan direman pihak polis kerana disyaki menyalahgunakan dadah di sebuah rumah di Ampang.

Namun Murai Batu terkejut apabila ada satu video yang kini menjadi viral di laman sosial ialah Zamani dipaksa menyanyi lagu gerimis mengundang ketika ditahan.

Video yang berdurasi 1.23 saat itu menampakkan susuk tubuh Zamani yang kurus dan masih digari membuatkan timbul rasa simpati melihat nasib yang menimpa dirinya.


Semua orang faham termasuk Murai Batu sendiri, tidak mempertikaikan tugas polis yang menjaga keselamatan dan keamanan orang awam, tetapi adakah wajar Zamani dimalukan sedemikian rupa?


Disebabkan Zamani seorang penyanyi yang mempunyai nama yang besar dalam industri hiburan, sebagai anggota polis sepatutnya melindungi suspek bukan mengaibkan suspek.

Itu pendapat Murai Batu yang rasanya tidak salah memberi komen, cuma yang Murai Batu musykilkan, ada berapa banyak video yang dirakam oleh segelintir anggota polis terutama orang awam yang belum di kongsikan secara meluas di laman sosial.

Apa yan Murai Batu harapkan, kalau ada tindakan kepada si pelaku yang menyebarkan video-video tahanan reman yang berkemungkinan anggota polis yang terlibat tolonglah ambil perhatian.

Imej polis perlulah dijaga, video-video seumpama ini sedikit sebanyak akan boleh menjatuhkan martabat polis dan boleh menghilangkan kepercayaan orang ramai, tepuk dada tanyalah selera.



SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!