18 Februari 2015


SUBANG JAYA - Sebanyak 30 helai pakaian polis yang mempunyai jahitan nama pegawai pangkat tinggi telah dicuri dari sebuah dobi di Jalan Musytari Am di Seksyen U5.

Walaupun ia bukan pakaian seragam polis yang rasmi, ia masih menunjukkan lambang pasukan polis Malaysia dan berwarna kelabu dan hitam.

Pemilik kedai dobi tersebut, Rohana Muhd Bakri berkata bahawa pekerja tiba di kedai pada pagi 8 Februari 2015 dan mendapati kedai mereka telah diceroboh. Pencuri hanya telah mengambil beg yang mengandungi pakaian-pakaian polis dan tidak mengambil barangan yang lain. 

Dia dengan serta - merta telah membuat laporan polis kerana risau bahawa pakaian-pakaian tersebut akan disalahgunakan.

Pakaian polis yang dicuri adalah kemeja dan jaket daripada pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi dari Bukit Aman, Subang Jaya, ibu pejabat polis Kajang dan Shah Alam.  

OCPD Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata suspek mungkin akan menggunakannya untuk menyamar sebagai pegawai-pegawai polis dan melakukan jenayah. Beliau menasihatkan orang ramai untuk meminta pegawai untuk mengesahkan identiti mereka dengan menunjukkan kad pengenalan polis.

"Jika anda meminta, semua pegawai polis mesti menunjukkan kad mereka. Jika tidak, anda tidak diwajibkan mengikut arahan mereka dan haruslah membuat satu laporan jika perkara ini berlaku, tambah beliau.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 457 daripada Kanun Jenayah untuk kes kecurian. Cap jari telah ditemui di tempat kejadian and pihak berkuasa sedang membuat siasatan dalam mengenal pastikan suspek. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!