20 Februari 2015


RUSIA – Menjadi doktor pakar bedah bukanlah satu perkara yang mudah. Sesi pembelajaran dan latihan boleh memakan masa sehingga berdekad lamanya.

Seorang doktor bedah memerlukan sepasangan tangan yang tegar dah kukuh kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan kematian.

Sebuah akhbar Rusia, Kommersant baru-baru ini mengeluarkan cerita mengenai doktor bedah tertua di negara soviet itu. Pada usia 87 tahun, Alla mungkin doktor pakar bedah yang tertua di dunia.

Alla masih aktif berkhidmat sebagai kakitangan hospital meskipun usia sudah lanjut. Menurut pihak hospital, Alla melakukan 100 pembedahan dalam masa setahun.

Apabila ditanya pemberita mengenai rahsia kekal aktif di usia emas, Alla menyatakan bahawa dirinya tidak mempunyai rahsia atau pantang larang. Alla makan, ketawa dan menangis seperti orang kebanyakan.

“Saya tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Namun saya membela tujuh ekor kucing dan mereka memerlukan makanan. Jadi saya perlu bekerja,” ujarnya. 

Kebiasaannya para wanita di Rusia bersara apabila usia mencecah pertengahan 50 an maka kes Alla adalah satu perkara yang tersangat jarang berlaku.

“Ramai yang bertanya mengapa saya masih bekerja. Ini adalah satu perkara yang saya minat selain diri gemar membantu orang ramai. Beberapa tahun lalu saya ada menjalankan pembedahan terhadap individu yang ditolak oleh doktor-doktor lain kerana tidak mempunyai harapan. Kini dia hidup sihat dan boleh melahirkan anak,” ujar Alla.

Pemberita berkesempatan menanyakan rakan sekerja Alla sama ada wanita itu mempunyai masalah yang dialami orang berusia seperti tangan terketar lantas tidak bersesuaian dengan kariernya.

“Kami pernah menjalankan lebih 150 pembedahan bersama dan tiada satu pun kematian dicatatkan,” begitulah keterangan rakan sekerja Alla.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!