26 Februari 2015


BARCELONA: Juara dunia dua kali Formula Satu, Fernando Alonso sudah dibenarkan keluar hospital, hari ini selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi ujian pra-musim, beberapa hari lalu.

"Kami gembira untuk membuat pengumuman bahawa Fernando Alonso sudah dibenarkan keluar hospital. Dia sudah kembali ke rumah keluarga di Sepanyol untuk rehat dan pulih," kata McLaren dalam kenyataan.

Pasukan yang berpangkalan di Woking itu juga mengesahkan bahawa Alonso tidak akan memandu dalam ujian pra-musim terakhir, minggu ini yang bermula esok di Barcelona.


Terdahulu, pemandu kelahiran Sepanyol berusia 33 tahun itu merempuh dinding litar ketika pusingan ke-20 ujian berkenaan di Litar Catalunya, Barcelona dan diterbangkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

McLaren mendakwa nahas berkenaan disebabkan "angin kencang" sambil menafikan berlaku masalah mekanikal pada jentera MP4-30 itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!