2 Februari 2015

"Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Pas semata-mata, tetapi kepada raja yang berdaulat yang menjadi tunggak pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. - Datuk Mustapha Yaakub

SHAH ALAM - "Sebagai rakyat Kelantan, saya merasa amat terhina dengan kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika menangangi musibah banjir di negeri itu," demikian reaksi Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub mengenai 'kenyataan' Ketua Menteri Pulau Pinang itu tentang kelemahan kerajaan negeri menangani banjir baru-baru ini.

Jelas Mustapha, kenyataan tersebut sangat tidak wajar dan sepatutnya dikutuk oleh setiap rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik.


"Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Pas semata-mata, tetapi kepada raja yang berdaulat yang menjadi tunggak pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
"Penghinaan itu jelas menafikan yang Kelantan sebuah negeri yang mempunyai kerajaan dan beraja.

"Amat  malang ianya disuarakan rakyat Malaysia dan memahami struktur pentadbiran negeri-negeri dalam negara ini.

" Guan Eng seperti menafikan wujudnya kerajaan di negeri Kelantan. Beliau dengan sendirinya mahu membuktikan kerajaan Pas gagal mentadbir kerajaan Kelantan. Seolah-olah beliau mahu membuktikan Pulau Pinang dibawah DAP lebih pandai mentadbir negeri," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Jelas Mustapha lagi, Kelantan dihina oleh Guan Eng dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan lawatan sehari ke Kelantan setelah banjir sudah surut.

"Guan Eng tidak datang ke Kelantan semasa banjir memuncak. Dia tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan setelah semua perhubungan terputus walaupun dibantu Kerajaan Pusat.

"Inilah sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan Guan Eng yang menjadi rakan kongsi Pas. Sebagai rakyat Kelantan, saya mendesak kerajaan Kelantan supaya memutus hubungan dan kerjasama politik melalui Pakatan Rakyat dengan DAP dengan segera.

"Pas mesti yakin  bahawa selama lebih 20 tahun mereka mentadbir Kelantan dan DAP tidak pernah membantu Kelantan kecuali Kerajaan Pusat,” katanya.

Katanya, Pas mampu berdikari walaupun tanpa kerjasama dengan Umno apalagi dengan DAP.

Terdahulu, Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Kelantan lemah dalam mengurus banjir.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!