11 Februari 2015


Sebuah pasangan suami isteri telah memenangi satu pertandingan peringkat kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) di mana mereka diberi gelaran pasangan suami isteri terlama kerana telah berkahwin untuk 81 tahun.

Alice dan Dale Rocky dari Nebraska telah berkahwin ketika zaman remaja pada tahun 1933 dan kisah cinta mereka yang mengagumkan ini telah bermula apabila mereka sedang membesar di sini.

Dale berkata '' pertama kali saya melihat isteri saya adalah ketika Alice sedang duduk di luar rumahnya dan saya sedang memandu lalu. Saya membuat keputusan untuk memberhentikan kereta saya dan bercakap dengannya. Selepas itu saya telah membawa Alice untuk bersiar-siar''. 

Dalam jangka masa 81 tahun bersama, pasangan ini telah melihat beberapa peperangan dan juga kelantikan 13 presiden AS. 

Kini mereka berdua berusia 99 tahun dan orang ramai ingin tahu rahsia di belakang perkahwinan mereka yang lama ini. ''Antara rahsianya adalah dia selalu mengikuti percakapan saya'', kata Alice kepada pihak media di dalam satu temu bual khas.

Anak lelaki mereka Tom Rockey berkata '' Ibu bapa saya sentiasa dilihat berpegang tangan dan adalah pasangan yang terbaik di dunia ini''.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!