24 Februari 2015


Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli bebola ikan atau fishball kerana terdapat banyak khabar angin di laman sosial yang menyatakan frozen food itu diperbuat dari daging ular.

Lambakkan bebola ikan di kedai-kedai dan pasaraya di Malaysia menjual produk yang diragui jenama serta sijil halalnya.

Kebiasaannya makanan sejuk beku itu diperbuat daripada isi ikan tenggiri, kembung atau Yu namun sebahagian pihak memilih daging ular sebagai gantian ekoran lebih murah dan senang diproses.

Seorang pengamal media sosial berkongsi info, di mana di Thailand, ular sawa merupakan sejenis reptilia yang sentiasa laris untuk diperdagangkan lantaran kulitnya bermutu tinggi bagi pembuatan barangan kulit yang berjenama.

Manakala dagingnya pula dijadikan sumber makanan oleh pengemar makanan eskotik terutamanya pelancong asing. Lazimnya kilang-kilang yang memproses kulit ular sawa turut terlibat dalam pengeluaran bahan makanan berasas daging ular sawa.

Namun ada juga syarikat-syarikat pengeluar makanan yang mengimport daging-daging yang telah dilapah secara terus daripada syarikat memproses kulit ular sawa.

Isi daging ular sawa ini akan dikisar sehingga lumat sebelum diadun dengan campuran tepung ubi, garam dan bahan pengawet lalu melalui proses pembungkusan dan dieksport ke Malaysia.

Golongan muslim di Thailand mengatakan tidak sukar untuk mengenal pasti bebola ikan tulen berbanding yang dicampur daging ular sawa.

Bebola yang mempunyai daging ular sawa biasanya sedikit gelap dan rasanya agak padat dan kenyal tetapi bebola yang diperbuat dari daging ikan mempunyai isi yang putih dan lembut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!