10 Februari 2015


Keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kepada satu lagi perkembangan dalam arena politik negara yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang baharu akan dilantik.

Pemerhati politik, Dr Jeniri Amir berkata, beliau melihat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali antara individu paling layak bagi menggantikan kedudukan Anwar.   

“... ini kerana Azmin punyai pengalaman, beliau jatuh dan bangun bersama PKR.

“Yang paling penting sekali Azmin sekarang berjawatan MB Selangor, kerana beliau ada kuasa dan jaringan yang banyak menerusi jawatan tersebut. Di samping itu, Azmin juga mempunyai jawatan dalam PKR itu sebabnya, saya rasakan Azmin paling layak,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas lanjut Jeniri berkata, DAP juga  mungkin ‘senada’ dengan pendapatnya kerana DAP lebih selesa untuk memilih wakil PKR berbanding daripada Pas.

“Saya jangka DAP akan memilih Azmin kerana mereka lebih selesa dengan wakil PKR daripada wakil Pas,” katanya.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, sekiranya Azmin dipilih menggantikan Anwar, beliau dilihat melangkaui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

“Wan Azizah (sebagai penganti Anwar)?... barangkali orang luar, tetapi buat masa ini saya tiada pandangan mengenai siapa individu itu,” katanya.

Anwar hari ini diputuskan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara, lima tahun.

Ketua Pembangkang itu didakwa meliwat Mohd Saiful, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!