8 Februari 2015

 
KUALA LUMPUR - Gambar dekorasi sebuah beg yang mempamerkan gambar lucah menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial semenjak beberapa hari lalu.
 
Menurut laporan sebuah blog, beg sekolah dengan jenama Burton itu mempamerkan gambar lucah di bahagian dalamnya. Lokasi beg itu dibeli tidak pula diketahui.
 
Sekali imbas, corak di bahagian dalam beg berkenaan nampak seperti bunga-bungaan namun apabila diteliti, ia jelas memaparkan imej lelaki dan wanita tidak berpakaian dan sedang melakukan hubungan intim.
 
Kewujudan beg ini dikecam majoriti netizen yang menyifatkannya sebagai tidak wajar, apatah lagi jika ia dibeli untuk kegunaan pelajar sekolah.
 
 
 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!